Wordpress

Ditulis oleh Mohd Faizan Bin Ismail on . Posted in Uncategorised

 

Pengenalan

WordPress adalah sebuah perisian yang digunakan untuk membina laman web dan blog. Terdapat banyak lagi perisian lain seperti Joomla, Drupal dan sebagainya yang terdapat pada masa ini, tetapi WordPress adalah antara yang terbaik dan meluas digunakan.

Ramai yang menyangka WordPress hanya untuk Blog tapi, dengan antaramuka pengguna yang mudah, Themes, Plugins dan Widgets, anda boleh menjadikan laman web berfungsi dengan lebih baik dan berguna untuk membuat laman web peribadi, korporat atau laman e-commerce!

WordPress dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP dan pangkalan data MySQL. Versi terbaru WordPress adalah versi 3.5

Perbandingan antara WordPress.org dengan WordPress.com

WordPress memberi pilihan kepada pengguna samada untuk menggunakan hosting percuma di WordPress.com atau perkhidmatan hosting berbayar. Jika pengguna ingin menggunakan hosting berbayar, mereka hanya perlu muat turun WordPress versi terbaru di WordPress.org dan install di hosting masing-masing.

WordPress.com pula adalah sebuah perkhidmatan blog percuma yang disediakan oleh syarikat Automattic. Ia juga menggunakan software WordPress. Namun sebagai blog percuma, blog-blog yang dibuat di WordPress.com mempunyai had-had yang tertentu. Contohnya, anda tak boleh meletak iklan-iklan yang menggunakan Javascript.

Ciri-ciri WordPress

  • Sumber Terbuka (Open Source)
  • Senang untuk digunakan dengan antaramuka ramah pengguna
  • Proses install dan kemaskini yang cepat dan mudah
  • Boleh di install di hosting atau menggunakan hosting wordpress.com
  • Kemudahan penggunaan plugin , theme & widgets
  • Komuniti pengguna yang ramai

Silibus Kursus Membangun Laman Web Menggunakan WordPress 3.0

  • Pengenalan Kepada WordPress
  • WordPress.com
  • Install WordPress menggunakan cPanel Hosting
  • Struktur Laman Web WordPress
  • WordPress Control Panel

 

Harga 

RM180 x 1 hari